BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 15, 2009

.::Semangat Sumayyah::.


Seusai saya menghabiskan novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar ini,
saya mendapat semangat baru,
watak Sumayyah, benar2 hidup...
ia memberikan kekuatan kepada saya..
Summayah seorang wanita yang tabah,
walaupun dia di timpa ujian yang tidak di sangka2..
dia tetap menghadapinya dengan berprasangka baik terhadap Allah..
Repeat subject adalah satu mimpi buruk kepada seorang pelajar,apatah lagi di tahun akhir..
begitulah yang terjadi pada Summayah..
Di saat dia menjangkakan kejayaannya menamatkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan..
Di saat dia benar2 yakin bahawa keputusan imtihannya adalah lulus,..
Di saat dia dia sudah pulang ke Malaysia untuk mencurahkan bakti,..
Tiba2 dia dipanggil semula untuk mengulangi matapelajarannya...
Dia selayaknya lulus..tetapi..kesilapannya bukan darinya...
Dengan hati yang pasrah, dia terbang semula ke bumi Jordan..
Betapa malunya dia mengadapi junior2 di sana..
Dimana harus dia berselindung??..
Namun dia kembali sedar..
itu semua adalah ujian Allah kepadanya..
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan..

Betapa Maha Pengasihnya Allah Yang Satu..Dia yang mengaturkan segalanya..
Siapa sangka sekembalinya ke sana,
Summayah dipertemukan jodoh dengan Naufal..,
Sang jejaka yang pernah di di temuinya kali pertama sewaktu musim bunga..
menemaninya dari belakang pulang ke hostel kerana kelewatan malam, keseorangan,..
dan prihatinnya Naufal terhadap siswi Malaysia,

Seolah2 kisah pertemuan pertama Nabi Musa dan Safura..
bezanya, si puteri Nabi Syu'ib itu di suruh berjalan di belakang..
dan pengakhiran kisah itu juga membawa kepada perkahwinan,..

Subhannallah....betapa hebatnya aturan Allah.
Di sini saya dapat ibrah yang sangat terkesan..
Walaupun kita gagal di saat kita telah berusaha,
ingatlah...itu adalah ujian Allah yanh ada tersembunyi hikmahnya..
mungkin Dia mahu gantikan kekecewaan kita itu dengan sesuatu yang lebih berharga.
atau Dia mahu mengingatkan kita bahawa ada kesilapan yang perlu kita baiki, kerana itulah datangnya ujian..

"Ingatlah wahai hati, ujian Allah itu adalah tanda betapa SAYANGnya Dia terhadap mu, dan Dia tidak akan uji mu dengan perkara yang kamu tidak mampu..percayalah.."

0 comments: