BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 11, 2009

Impian

Semalam adalah kelas basic history pertama yang saya ikuti setelah 2 minggu sem baru di buka,.

ehm,sejarah...tak ramai yang suka subjek ni..saya?Saya baru membina semangat untuk mencintai dan mengetahui sejarah.Sejak saya menceburi diri dalam seni mempertahankan diri Melayu,saya sedar bahawa mengetahui tentang sejarah Melayu,sejarah Islam adalah penting kepada kita supaya kita tak lagi mengulangi kesilapan lampau yang bisa meranapkan diri kita sendiri.Bagaimana kita mahu bantu bangsa dan agama jika kita tak tahu usul salasilah keturunan kita..tak tahu sejarah bangsa Melayu,sejarah Islam,bermakna kita tak kenal diri kita sebaiknya.Titik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"berapa ramai yang mahu major in history?"tanya leturer yang bertudung bulat itu.

Kaku.Semua tak ingin.Tapi bila ditanya tentang psychology,ramai yang berminat.Saya adalah salah satu yang membulatkan mata dan tersenyum2 menunjukkan reaksi minat saya terhadap subjek ini.Madam Khadijah mula membuka cerita....
"Bagus.Saya bangga ya,kerana pelajar lelaki juga ramai yang menunjukkan minat dalam bidang ini.Biasanya,bidang ini lebih didominasi oleh perempuan berbanding lelaki.."
"kamu pernah dengar tentang PERMATA?"
Semua senyap.Tak tahu.

"Ia merupakan satu idea isteri Perdana Menteri kita,Datin Seri Rosmah......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar Bijak Dicari Untuk Program Permata Pintar Negara

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Program Permata Pintar Negara bagi mencari bijak dan cerdas dari seluruh negara untuk dipupuk agar menjadi golongan intelek pada masa hadapan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




"Jika kamu sukakan kanak2,kamu boleh major in children psychology...kamu tahu tak,betapa mulianya kerja ini kerana ia melibatkan soal mengutamakan pendidikan dalam jiwa kanak2,supaya mereka bisa jadi orang yang berguna,supaya mereka terdidik dengan ilmu2 agama,maka dengan itu Malaysia tak akan lagi dimomokan dengan berbagai masalah sosial yang makin membebankan negara seperti masalah ketagihan dadah,mat rempit,bunuh,rogol,dan banyak lagi la..."

Wah,ada benarnya!.
Mata saya berkaca,dada terasa sebak.....

Saya terasa seolah-olah ingin memikul tanggungjawab tersebut suatu hari nanti..betapa mulianya jika saya menjadi trainer untuk kanak-kanak itu..saya bakal menghasilkan khalifah2 yang Allah S.W.T mahukan...mereka akan jadi pemimpin yang di sanjungi seperti zaman 4 khalifah besar,kerana kebijaksanaan dan sifat adil yang ada dalam diri mereka..tak ada rasuah sedikit pun yang bisa mengoncang negara...hati anak2 kecil yang masih suci murni itu memang mudah di bentuk...jika baik yang di tunjuk,maka baik peribadi yang terbentuk...Saya bisa melebarkan dakwah dikalangan mereka...Saya senang didakwah dan memberi dakwah..dan ini adalah satu jalan dakwah yang amat baik,kerana bermula dengan membentuk hati2 yang bersih...
Banyak lebihnya kerjaya ini,.disamping itu,saya bisa mempersiapkan diri untuk menjadi isteri dan ibu yang baik...untuk jaga kanak2,bukan semudah mengajar ABC..

Kanak2 mempunyai fikiran dan keinginan kearah keseronokan,mereka sukakan hiburan,bermain,dan mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi...maka,saya boleh gunakan kelebihan ilmu psikologi yang saya ada untuk mengajak mereka suka belajar perihal dunia dan akhirat sama rata..supaya tidak ada penyakit wahan,cinta dunia dan takut mati.

"kamu semua perlu ada impian,"
"kamu kena tentukan apa yang kamu mahu jadi masa depan!"
"jangan terkial2 tanpa pekerjaan"

Saya....saya tak tahu mahu jadi apa... saya suka psikologi...ada mungkin saya jadi seperti mana yang disyorkan oleh madam.???Saya mahu!!!!
Saya juga berimpian untuk jadi seperti Fatimah Syarha,...mampu berdakwah kepada semua golongan tak kira kanak2,remaja,dewasa,orang tua...

Sebenarnya,saya tak kisah apa jenis kerja yang saya bakal dapatkan suatu hari nanti,selagi kerja itu mampu menumbuhkan rasa cinta saya kepada Allah dan Allah makin bertambah2 cinta kepada saya.

"Ya Allah,berikan aku nikmat hidayah Mu...jangan jauhkan aku dari cahaya hidayah Mu...aku akan sentiasa menuntut ilmu Mu,agar aku bisa berada dalam pelukan kasih sayang Mu...Amin."








0 comments: