“Di dalam diri kita (setiap Muslim), mesti ada rasa cintakan kebaikan dan bencikan kejahatan..” kata Ustaz Habil (ustaz saya sewaktu masih lagi menutut di sekolah menengah).
Katanya lagi.. “ Nafsu yang Tuhan berikan kepada kita adalah sama tetapi ianya bergantung kepada diri sendiri untuk membentuknya, perlu untuk kita tapis (anasir-anasir jahat) dan menjaganya dengan keimanan yang kuat...”
“Perlu ada kepatuhan pada etika dalam syariat Islam..”
“Jadi hiasilah hidup kita ini dengan tarbiyyah..dan dalam pada itu, perlulah ada ketekunan dan kesabaran dalam mentarbiyyah diri kita supaya mendapat keredhaan Allah Taala”
Maka di sini, saya hanya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang kepentingan mentarbiyyah diri dalam suasana USRAH.
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5356485542059823154" />
Definisi Usrah:
Dari segi bahasa > Keluarga
Dari segi istilah > Program kekeluargaan yang wujud pertalian Aqidah Islamiyyah, memperjuangkan kedaulatan Islam mengikut syariah.
Tujuannya adalah:
Kefahaman yang mendalam tentang Islam.
Penambahan penghayatan terhadap Islam.
Menghubungkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Menegakkan akhlak Islamiyyah dalam diri dan sensitif terhadap perkara tidak Islamik.
Memelihara Organisasi daripada perlakuan sumbang.
Mengukuhkan persaudaraan/ukhwah/semangat.
Rukun-rukun Usrah:
I. Al-ta’aruf (berkenalan)
II. Al-tafahum (kesefahaman)
III. Al-takaful (saling membantu)
Pelaksanaanya:
Mengikut jadual
Pengisian yang menjadi pegangan kita
Adab-adab usrah:
Tepati masa
Keuzuran hendaklah di maklumkan
Membaca dan memahami bahan yang di bentangkan.
Sediakan buku catatan dan Quran tafsir
Berikan perhatian
Beri sumbangan idea, buah fikiran, dll
Sifat seorang ahli usrah:
Usaha perbaiki kelemahan diri
Memantapkan diri supaya tidak lesu dan tidak bermaya
Ikhlas kerana Allah Taala
Patuh setiap arahan Naqib (ketua/pemimpin)
Amanah dan bertanggungjawab
Memupuk minat dan istiqamah (berterusan)
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
1 day ago
0 comments:
Post a Comment